KUALA TERENGGANU 1 Jan. – Kehadiran maskot kartun kegemaran kanak-kanak, Mickey dan Minnie Mouse di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 di sini menceriakan suasana hari pertama sesi persekolahan 2019. Gelagat kedua-dua karakter itu secara tidak langsung dapat menghilangkan perasaan gementar murid tahun satu yang baharu melangkah ke alam persekolahan di samping mencuit hati murid lain dan kalangan ibu bapa. Guru Besar, Mohamad Kabidi Mohamad berkata, seawal pukul 6.45 pagi…










