KUALA LUMPUR 7 Jan. – Satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipercayai telah berlangsung di Istana Negara pagi ini bagi membincangkan tarikh pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Enam kenderaan dengan lambang kebesaran DiRaja dari Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kedah dilihat memasuki perkarangan Istana Negara seawal 10 pagi tadi. Difahamkan mesyuarat berkenaan berlangsung lebih sejam sebelum kenderaan rasmi Sultan dan Raja-Raja dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira 12.25 tengah hari.…










