KUALA LUMPUR – Pengamal media tempatan mula berkumpul di hadapan pintu masuk utama Istana Negara, bagi menantikan ketibaan raja-raja Melayu yang dijadual menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini. Puluhan wartawan dan jurugambar dari pelbagai agensi media sudah berkumpul di sini, sejak 7 pagi lagi. Mesyuarat khas berkenaan dijadual berlangsung pada 10.30 pagi berikutan pengumuman peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong…










