McDonald's rai warga emas - Utusan Malaysia

McDonald’s rai warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

McDonald’s Malaysia berkongsi erti sebenar ‘prosperity’ dengan melawat lebih 60 pusat jagaan orang tua di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.

Ia merupakan tahun ketiga inisiatif itu dilaksanakan yang bertujuan membawa keceriaan kepada warga emas yang tinggal di pusat-pusat jagaan tersebut.

Kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, pada masa sama ia juga mewujudkan semangat perpaduan rakyat Malaysia dalam suasana yang penuh harmoni.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegembiraan

“McDonald’s percaya bahawa erti prosperity atau kebahagiaan bukan sekadar kekayaan harta benda.

“Ia juga melibatkan nikmat kegembiraan ketika meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga, termasuklah melakukan kebaikan untuk manfaat insan lain.

“Kami berharap usaha ini dapat mewujudkan keceriaan di pusat-pusat jagaan tersebut dan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi,” ujarnya menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini.

Lawatan ke pusat-pusat jagaan orang tua ini telah bermula pada 21 Januari dan akan diteruskan sehingga 20 Februari nanti.

Semasa lawatan, warga kerja McDonald’s yang mewakili lebih 270 restoran McDonald’s bersama para sukarelawan yang terdiri daripada orang awam turut meluangkan masa bersama warga emas dengan pelbagai aktiviti menarik di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara.

Yee sang

Warga kerja McDonald’s dan para sukarelawan juga turut serta menggaul yee sang bersama warga emas.

Selain itu, penghuni pusat jagaan orang tua itu turut ditaja untuk memotong rambut bagi persiapan Tahun Baru Cina nanti.

Lawatan ke pusat-pusat jagaan orang tua ini bukan sahaja seiring dengan nilai Prosperity McDonald’s, malah juga mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam membantu komuniti setempat di sekitar lokasi operasi McDonald’s.

McDonald’s mengalu-alukan penglibatan orang awam dalam aktiviti amal ini.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran di https://www.mcdonalds.com.my/shareprosperity.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini