MUMBAI 23 Jan. – Seorang pekerja tangki septik terkejut apabila menemui beberapa anggota badan yang dikerat terapung di dalam tangki najis apartment Bachraj Paradise, Evershine Avenue di Global City, Mumbai, kawasan perumahan golongan elit ketika melakukan kerja-kerja pembersihan, semalam. The Times of India melaporkan, jurucakap polis daerah Arnala memberitahu, polis masih tidak dapat mengenal pasti identiti atau jantina mangsa kerana pihaknya hanya menemukan beberapa anggota badan mangsa termasuk tangan dan…










