Maut dirempuh teksi ketika ke sekolah - Utusan Malaysia

Maut dirempuh teksi ketika ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Seorang kanak-kanak maut selepas motosikal ditunggang abangnya dirempuh sebuah teksi di Jalan Maarof, Bangsar, di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Athierah Batricesya Azizi, 11, maut di tempat kejadian manakalanya abangnya, Amzar Hazieq Azizi, 18, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan ke sekolah.

“Siasatan awal mendapati teksi yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun telah memasuki simpang Jalan Tanduk dan terlanggar motosikal hingga menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh.

“Penunggang hanya luka di bahagian kaki kiri manakala pembonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×