ARAU 27 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, masyarakat di negara ini perlu progresif, berdikari dan mengurus kehidupan mereka serta keluarga mengikut syarak selain tidak menggunakan pendekatan meminta-minta sebaliknya berusaha. Titah baginda, bagi mereka yang telah berusaha namun masih tidak berjaya, sewajarnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan kerajaan untuk membantu serta menyokong golongan ini sehingga mencapai kejayaan. “Bagi yang berjaya, maka menjadi tanggungjawab mereka membantu, mendorong dan menyokong orang lain pula untuk turut berjaya,” titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Kongres Melayu Perlis 2019…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya