JOHOR BAHRU 8 Jan. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan perhatian terhadap notis Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang menjadi tular ketika ini. Notis berkenaan adalah menyatakan penduduk kampung dianggap bukan warga negara sekiranya gagal memberi maklumat keluarga kepada pihak MPKK Simpang dan Rangkaian di Kota Tinggi. Putera sulung Sultan Johor itu menerusi laman Twitternya malam tadi, menyatakan bahawa itu adalah masalah yang akan timbul sekiranya pelantikan pemimpin dibuat tanpa sebarang kajian. Menurutnya, perkara seperti itu tidak akan berlaku sekiranya pihak bertanggungjawab melantik mereka yang benar-benar layak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya