BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki menyeludup keluar dadah disyaki jenis syabu seberat tiga kilogram (kg) bernilai RM150,000 di kawasan perairan Tanjung Tohor di sini awal pagi hari ini. Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, operasi pada pukul 12.10 pagi itu dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan ketika melakukan rondaan. “Lelaki tersebut diarahkan untuk berhenti tetapi terus memecut laju dan tidak mengendahkan amaran lisan yang diberikan sebelum meninggalkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya