MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelaskan pasukannya telah membuktikan kualiti sebenar yang dimiliki oleh mereka apabila mencerahkan semula peluang dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana England (EPL) dengan kemenangan 2-1 ke atas pendahulu, Liverpool di Stadium Etihad, awal pagi semalam. Juara bertahan itu berjaya mengurangkan jarak kepada empat mata di tangga kedua dan turut menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool sepanjang musim ini. Kemenangan tersebut turut dilihat mampu menyuntik semula semangat City selepas tewas tiga daripada lima perlawanan terakhir mereka. “Kami telah mengurangkan jarak tetapi mereka masih lagi mendahului…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya