Majlis Anugerah Sukan Johor 2017 Sabtu ini - Utusan Malaysia

Majlis Anugerah Sukan Johor 2017 Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Jan. – Majlis Anugerah Sukan Johor 2017 bakal diadakan pada Sabtu ini bertempat di Pinewood Studios, Iskandar Puteri, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, anugerah itu akan mempertandingkan sebanyak 13 kategori.

“Majlis ini merupakan pengiktirafan kerajaan negeri kepada penggiat sukan dan atlet negeri ini yang berjaya mengharumkan nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Selain itu, ini juga satu bentuk perangsang dan dorongan kepada atlet terlibat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan di masa depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×