KUALA LUMPUR 7 Jan. – Syarikat Cisco yang dikatakan tempat pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew bekerja, akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja itu yang telah menghina Sultan Muhammad V. Menurut Cisco ASEAN, syarikat itu mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan telah menyerahkan kepada cawangan syarikat itu di Malaysia untuk tindakan lanjut. “Pihak kami akan menjalankan siasatan berhubung isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” jelas syarikat itu…










