Mahkamah sambung reman tiga hari ke atas Datuk Seri - Utusan Malaysia

Mahkamah sambung reman tiga hari ke atas Datuk Seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini pagi tadi membenarkan permohonan sambungan reman ke atas seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes menghasil dan menjual syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang, Pemangku Raja Pahang serta Jata Negeri Pahang tanpa kebenaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusuf memaklumkan, ahli perniagaan berusia 31 tahun tersebut dikenakan perintah sambungan reman sehingga 12 Januari ini.

Sambungan reman tersebut bagi membolehkan polis meneruskan siasatan berhubung penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah serta Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah dan Jata Negeri Pahang tanpa perkenan.

Kosmo! edisi bercetak hari ini melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan polis di Batu Caves, Selangor kelmarin bagi membantu siasatan kes tersebut.

Selepas ditangkap, suspek yang tinggal di Petaling Jaya, Selangor itu direman dua hari sehingga hari ini sebelum tempoh tahanan reman disambung tiga hari lagi seperti diperintahkan Majistret Humairah KM Haider di sini, pagi tadi.

Suspek ditangkap selepas polis menerima laporan daripada seorang pegawai khas Pemangku Raja Pahang pada 28 Disember lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN