KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini pagi tadi membenarkan permohonan sambungan reman ke atas seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes menghasil dan menjual syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang, Pemangku Raja Pahang serta Jata Negeri Pahang tanpa kebenaran. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusuf memaklumkan, ahli perniagaan berusia 31 tahun tersebut dikenakan perintah sambungan reman sehingga 12 Januari ini. Sambungan reman tersebut bagi membolehkan polis meneruskan siasatan berhubung penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah serta Pemangku Raja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya