Mahasiswa sertai Voice of KZIUM - Utusan Malaysia

Mahasiswa sertai Voice of KZIUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERIAH. Institut Kong Zi, Universiti Malaya (UM) menganjurkan pertandingan nyanyian lagu bahasa Mandarin dikenali Voice of KZIUM yang terbuka untuk mahasiswa di institusi pengajian tinggi di seluruh negara di UM baru-baru ini.

Pengarah institut berkenaan, Prof. Madya Dr. Noor Zalina Mahmood berkata, pertandingan kali kelima diadakan itu mendapat sambutan yang baik daripada mahasiswa pelbagai kaum.

“Para peserta terdiri dari mahasiswa dari Universiti Teknologi Mara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, dan Universiti Sains Malaysia.

“Pertandingan ini secara langsung telah membantu menjayakan misi penubuhan Institut Kong Zi, selain melestari bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, terutamanya dalam kalangan penutur bukan Cina,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN