Mahasiswa sembilan negara bersihkan pantai - Utusan Malaysia

Mahasiswa sembilan negara bersihkan pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

USAHA. Seramai 72 orang mahasiswa daripada sembilan negara menyertai program antarabangsa tahunan Asian Students Environmental Platform membersihkan pantai Pulau Carey, Selangor baru-baru ini.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya (UM) merangkap penyelaras program, Dr. Fathiah Mohamed Zuki, program anjuran Yayasan Alam Sekitar AEON Jepun dengan kerjasama Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) itu disertai oleh pelajar dari China, Thailand, Jepun, Vietnam, Korea, Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Malaysia.

“Selain membersihkan sekitar kawasan pantai, para peserta turut menyatuni masyarakat Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey dan melakukan pelbagai aktiviti lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×