MADRID 25 Jan. – Sergio Ramos menjadi inspirasi kepada kejayaan Real Madrid mara ke separuh akhir Copa del Rey apabila meledak dua gol untuk membantu skuad Los Blancos itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Girona 4-2 di suku akhir kejohanan. Ramos menyempurnakan penalti untuk meletakkan Madrid di depan sebelum rehat di Santiago Bernabeu setelah Lucas Vazquez menafikan jaringan penyerang Girona, Anthony Lozano. Bagaimanapun, Girona berjaya menyamakan kedudukan menerusi penalti Alex Granell pada minit ke-66 sebelum Madrid kembali di depan hasil gol Ramos 11 minit kemudian dan Karim Benzema meledak gol…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya