M. Manogaran calon PH PRK Cameron Highlands - Utusan Malaysia

M. Manogaran calon PH PRK Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Pakatan Harapan (PH) meletakkan semula bekas calonnya di Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, M. Manogaran bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen tersebut pada 26 Januari ini.

Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PH yakin akan memenangi pilihan raya tersebut dan merampasnya daripada BN walaupun bakal menerima tentangan calon lain.

“Kita telah tentukan siapa yang akan bertanding dalam PRK Cameron Highland, calonnya ialah Manogaran iaitu calon yang lama yang bertanding di situ pada PRU-14.

“Kita akan menang dalam PRK ini, insya-Allah kita akan menang, kita tidak tahu siapa yang hendak bersaing dengan kita, dengar cerita macam-macam, tetapi siapapun yang bertanding kita percaya kita dapat mengatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN