JERANTUT – Gara-gara terlupa tarik brek tangan, sebuah pacuan empat roda terhumban ke dalam longkang berhampiran Masjid Tengku Ahmad, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pemilik Mitsubishi Pajero itu dikatakan berhenti untuk membeli pisang goreng di sebuah gerai berhampiran masjid berkenaan. Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, seorang lelaki melayu telah keluar daripada kenderaan terbabit menuju ke arah gerai goreng pisang. “Kenderaan itu tetiba bergerak…










