PUCHONG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebanyak 127 tong gas petroleum cecair (LPG) seberat 50 kilogram (kg) dan 192 tong gas 14 kg bersubsidi bernilai lebih RM50,000 di sebuah stor haram di Taman Desa Air Hitam di sini hari ini. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Sepang, Mohd. Nor Iskandar Zainoor, rampasan itu dijalankan selepas pihaknya melakukan serbuan pada pukul 10 pagi di stor itu…










