IPOH 13 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka membuat sidang akhbar esok di Bukit Aman susulan penahanan sebuah lori kontena membawa muatan dadah disyaki jenis syabu seberat kira-kira 500 kilogram di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara, dekat Hentian Taping, petang semalam.
Penahanan lori oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman kira-kira pukul 3.40 petang itu berjaya dilakukan selepas sekatan jalan dibuat dengan bantuan Unit Penguatkuasa Peronda Lebuh Raya (EMPV).
Dipercayai hasil penggeledahan mendapati setiap bungkusan kotak dalam lori kontena tersebut menemukan dadah jenis berkenaan.
Sehubungan itu, lori kontena itu telah diiringi untuk dibawa ke Ibu polis Polis Daerah (IPD) Taiping bagi siasatan lanjut.
Kejayaan tangkapan dan rampasan dadah tersebut turut dikongsi dalam laman Facebook Polis Daerah Taiping. – UTUSAN ONLINE










