Lokman Adam dibebaskan - Utusan Malaysia

Lokman Adam dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR -Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, dibebaskan pagi tadi selepas 12 jam berada dalam lokap susulan daripada ditahan mengikut Akta Hasutan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, petang semalam.

Lokman dibebaskan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) sejak jam 10 malam tadi.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu itu berkata, walaupun ramai yang sudah ditangkap dan ditahan beberapa kali namun perjuangan untuk mempertahankan kebenaran akan diteruskan khususnya mengenai kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24 baru-baru ini.

“Kami percaya terdapat individu yang disyaki cuba melindungi suspek yang menyebabkan kematian Allahyarham Adib. Proses pendakwaan semula terhadap suspek yang menyebabkan kematian Allahyarham Adib juga telah dilengahkan.

“Sehingga semalam, sewaktu saya ditahan, inkues yang ingin dilakukan juga masih lagi belum dimulakan. Ia seperti sengaja dilengahkan bagi melindungi suspek yang telah dikenalpasti oleh pihak polis berdasarkan siasatan dan keterangan saksi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Semalam media melaporkan Lokman dilaporkan ditahan pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Pemantau Malaysia Baharu melalui satu kenyataan semalam berkata, Lokman telah diminta hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sekitar pukul 2 petang untuk memberi keterangan berhubung satu video live bertajuk ‘Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib’ sebelum dimaklumkan bahawa beliau perlu ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN