LANGKAH pemain import sensasi kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi terus menjadi tanda tanya memandangkan kelibatnya dilihat menjalani sesi latihan pramusim bersama Melaka United pada Jumaat lepas. Selepas mencuri perhatian pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini, Melaka United dianggap berpotensi menjadi destinasi baharu pemain berusia 27 tahun itu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi…










