GAZA CITY 8 Jan. – Laluan lintasan sempadan menghubungkan Gaza dan Mesir ditutup kepada penduduk Palestin hari ini ketika pertempuran antara puak di wilayah tersebut semakin meruncing. Namun, penduduk Gaza dari Mesir yang ingin pulang ke wilayah tersebut dibenarkan melalui lintasan itu. Setakat ini, laluan tersebut ditutup selama sehari dan tidak dapat dipastikan jika penutupannya dilanjutkan. – AFP










