Leonardo penyu kesembilan dipulihkan di Mabul - Utusan Malaysia

Leonardo penyu kesembilan dipulihkan di Mabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA 8 Jan. – Seekor lagi penyu hijau yang bernama Leonardo dilepaskan semula ke laut setelah dipulihkan di Pusat Pemuliharaan Penyu, Mabul


Leonardo menghabiskan empat bulan untuk pulih setelah ditemui di air cetek di Pulau Pom Pom di sini dengan keadaan lesu, kurus dan diliputi alga dan teritip kecil.


Khamis lepas , para penyelidik WRU dengan dibantu oleh SJ SEAS, melakukan pemeriksaan terakhir termasuk mengambil berat, pengukuran dan penandaan sebelum Leonardo dibebaskan kembali ke laut dengan keadaan sihat dengan dua kilogram lebih berat daripada mula-mula ditemui.

Pusat pemuliharaan itu dikendalikan oleh Skuba Junkie SEAS (SJ SEAS) Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD).


Pengurus Pemuliharaan SJ SEAS, David McCann berkata sembilan ekor penyu berjaya dipulihkan di pusat pemuliharaan itu sejak dua tahun lepas.


“Sangat lega apabila melihat Leonardo berenang ke laut lepas* menjaga haiwan yang sakit dan cedera bukan mudah, kami mempelajarinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.


“Kami berterima kasih kepada pasukan veterinar dan warden SWD kerana kerja keras mereka untuk menjaga semua hidupan liar di Sabah, kami gembira dapat bekerja dengan mereka untuk terus melindungi spesies terancam dan ikonik ini,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah SWD, Dr Sen Nathan berkata WRU dan SJ SEAS adalah contoh cemerlang di mana kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan sektor perniagaan boleh bekerjasama untuk melindungi biodiversiti dan hidupan liar yang luar biasa di Sabah.


“Walaupun berada di bawah bimbingan dan arahan doktor haiwan WRU, penjagaan sehari-hari penyu di unit pemulihan itu berada di bawah jagaan ahli biologi laut yang mengendalikan SJ SEAS,” katanya. – BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN