Lelaki warga emas maut dirempuh lori - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 7 Jan.- Seorang lelaki warga emas maut apabila basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Kilometer 20, Jalan Sitiawan-Teluk Intan, Batu 12 Lekir di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi, mangsa, Nayan Abdullah, 73, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian berlaku ketika lori tersebut dari arah Lekir menghala ke Sitiawan. 

Menurutnya, kejadian dipercayai apabila mangsa menunggang basikalnya secara melawan arus.

“Basikal yang ditunggang mangsa kehilangan kawalan dan pemandu lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

“Mangsa maut di tempat kejadian  manakala pemandu lori yang berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN