IPOH – Seorang lelaki warga emas maut selepas rumah yang didiaminya di Taman Pinji Mewah di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. Kebakaran yang berlaku pada pukul 3.40 pagi itu menyebabkan mangsa, Oi Hock Chuan, 63, maut di ruang tamu rumah teres dua tingkat tersebut. Difahamkan, mangsa merupakan peniaga barangan lusuh di Pasar Karat di sini itu tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak lebih 20 tahun lalu. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Nashuha Fahd Ahmad Mijar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 4.15…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya