Lelaki obes hanya mampu bermain permainan video setiap hari - Utusan Malaysia

Lelaki obes hanya mampu bermain permainan video setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA, Georgia – Seorang lelaki obes di Amerika Syarikat hanya mampu menghabiskan masa bermain permainan video dan mengunyah makanan ringan setiap hari.

Casey King, 34, yang mempunyai berat badan 320 kilogram berkongsi kisah hidupnya menerusi musim baharu rancangan realiti televisyen TLC; Family by the Ton baru-baru ini mendedahkan dia sudah tidak bekerja dan tinggal bersama ayahnya, Danny King.

Berat badannya bertambah selepas tamat persekolahan dan mula ketagih makan selepas bekerja di beberapa buah restoran.

Badannya terus membesar selepas tinggal bersama bapanya dan dimanjakan dengan makanan kegemarannya seperti piza, ayam dan makanan Jepun setiap hari. King kini bermain permainan video sepanjang hari dalam keadaan bogel kerana pakaiannya terlalu ketat.

Dia turut mengaku pernah tersepit hampir sembilan jam di dalam bilik mandi sehingga memaksa bapanya membelikan kolam besi khas untuk membersihkan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN