Lelaki maut rempuh pondok tol - Utusan Malaysia

Lelaki maut rempuh pondok tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Jan. – Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terbabas melanggar pondok tol di Kilometer 8, Plaza Tol Kempas arah selatan, pukul 3 pagi, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, mangsa, Tan Kuok Wee maut di tempat kejadian. “Siasatan mendapati kenderaan tersebut terbabas sendiri. “Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya ketika dihubungi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN