TELUK INTAN 6 Jan. – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Bidor ketika melakukan kerja-kerja pemasangan paip di Ladang Sussec dekat Langkap di sini kelmarin, ditemukan mati lemas hari ini. Mayat Lim Kim Siang, 30, dijumpai pada pukul 9.55 pagi oleh sekumpulan nelayan, kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat terjatuh. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi mencari mangsa yang disambung pada pukul 8 pagi hari ini dimulakan dari Kampung Kloster ke lokasi lelaki itu dikatakan terjatuh. Katanya, operasi tersebut menggunakan dua buah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya