GUA MUSANG 3 Jan. – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas traktor yang dipandunya terbalik dan menghempapnya di Ladang Serasa, Sungai Bayu, di sini semalam. Kejadian pada pukul 4.15 petang itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Junaedi, 40, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Kuala Krai. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital berkenaan pada pukul 6.30 petang. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang sedang memandu traktor itu dalam perjalanan ke ladang sawit. Katanya, semasa tiba di tempat kejadian,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya