WASHINGTON 4 Jan. – Kajian terbaharu yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mendedahkan pesakit lelaki yang mengidap kanser otak lebih cenderung mati awal berbanding pesakit wanita. Portal NBC News melaporkan, meskipun punca sebenar masih kurang jelas, tetapi para penyelidik percaya corak perkembangan sel kanser yang berbeza mengikut jantina menjadi penyumbang utama kepada berlakunya fenomena itu. Walaupun kajian itu bertumpu kepada kanser otak glioblastoma yang jarang berlaku, namun kajian itu…










