ROM 20 Jan. – Lebih 100 pendatang asing dikhuatiri hilang di luar pesisiran Libya, selepas Tentera Laut Itali menerbangkan tiga yang terselamat ke pulau Lampedusa, Mediterranean. Organisasi untuk Migrasi Antarabangsa (IOM) berkata mereka dimaklumkan oleh ketiga-tiga mangsa yang terselamat bahawa kira-kira 120 orang pendatang berada dalam bot terbabit. Ini bermakna 117 dilaporkan hilang termasuklah 10 wanita dan bayi berusia 10 bulan. Terdahulu, Tentera Laut Itali memaklumkan kira-kira 15 lagi masih…










