KEMAMAN 4 Jan. – Pejabat Kesihatan daerah ini mengeluarkan 136 notis amaran di premis makanan yang masuk hari ketiga penguatkuasaan larangan merokok, hasil lawatan ke 230 premis di daerah ini semalam. Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 234 risalah dan nasihat kepada individu turut diberikan. Pada masa sama, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman turut mempergiatkan penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di kawasan larangan merokok yang lain. “Adalah diharapkan, dengan perluasan kawasan larangan merokok ini, masyarakat dapat menolak budaya merokok di khalayak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya