ISTANBUL 29 Jan. – Pakar perundangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka membentangkan laporan siasatan berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, selewat-lewatnya akhir Mei ini. Bercakap kepada pemberita, wakil khas PBB, Agnes Callamard memberitahu, laporan itu akan didedahkan kepada umum pada majlis Hak Asasi Manusia PBB, Jun ini. Jamal yang merupakan kolumnis akhbar Washington Post dan lantang mengkritik Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman telah dibunuh di bangunan konsulat Arab Saudi pada 2 Oktober lalu sebelum mayatnya dialihkan. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya