KUALA LUMPUR 14 Jan. – Pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil baharu Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) disifatkan sebagai langkah yang sumbang dan merupakan satu kesilapan. Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut menyifatkan Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty itu sebagai seorang yang sangat kontroversi selain mempunyai perspektif dan pandangan sangat liberal. Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu…










