SUDAH banyak konsert berskala besar dijayakan figura ini sepanjang lebih tiga dekad mengukir nama sebagai anak seni. Wanita berusia 52 tahun ini bukan calang-calang. Namanya mega dan masyhur di atas paksi satu-satunya artis perempuan yang sinonim dengan genre rock sehingga dinobatkan sebagai Ratu Rock negara. Memegang nama Nor Zila Aminuddin atau lebih mesra disapa sebagai Ella, perjalanan seninya berada dalam kelas tersendiri. Puluhan konsert, persembahan mini dan pelbagai lagi acara pentas dijayakannya dengan cemerlang sambil ditemani pemuzik yang setia di belakangnya. Cuma satu yang belum tertunai iaitu mengadakan satu persembahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya