Kuasai bahasa Inggeris, warga pendidik perlu terus main peranan - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Kuasai bahasa Inggeris, warga pendidik perlu terus main peranan – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 7 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan warga pendidik agar terus memainkan peranan dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang menguasai bahasa Inggeris.

Perdana Menteri berkata, peranan guru amat besar dan penting dalam membentuk dan menentukan ‘jenis’ manusia yang menjadi warganegara Malaysia pada masa hadapan, dan lantaran itu kerajaan memberi tumpuan serius dalam bidang pendidikan 

“Janganlah jadikan ini sebagai satu isu politik untuk menidakkan penguasaan ilmu hanya kerana kepentingan politik mana-mana pihak. Kita perlu kuasai bahasa Inggeris dan saya harap warga pendidik akan utamakan penguasaan ini kerana ia adalah bahasa ilmu untuk sains dan teknologi.

“Pendidikan sekarang akan berubah sedikit supaya kita akan dapat lebih banyak manfaat daripada (sistem) pendidikan di negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis bersama warga pendidik negeri Terengganu di sini hari ini.  

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta 1,000 warga pendidik.-BERNAMA 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN