KUASA wang! Itu antara faktor utama untuk sesebuah pasukan mencipta kejayaan dalam tempoh yang singkat. Tanpa sumber kewangan yang kukuh, sudah tentu impian untuk berjaya akan gagal atau terpaksa mengambil masa yang panjang. Pendek kata, setiap pasukan perlu bersedia mendapatkan sumber kewangan bagi membentuk pasukan mantap untuk mengharungi musim pertandingan yang panjang. Itu antara dilema beberapa pasukan bola sepak negeri yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia kebelakangan ini. Masalah lambat bayar gaji sehingga tertunggak memaksa pemain ‘angkat kaki’ selain terpaksa mengadu kepada pihak tertentu untuk pembelaan atau akhirnya menanggung sendiri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya