KUALA TERENGGANU 25 Jan. – Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) hari ini membuat penafian berhubung kegiatan mengutip derma yang dilakukan dua lelaki warga asing dengan mengaitkan kolej berkenaan sejak kebelakangan ini. Dua lelaki terbabit yang dipercayai menyamar sebagai kakitangan Institut Al-Quran (IQ) dikatakan mengunjungi kediaman sebilangan penduduk sekitar daerah ini dengan mengutip derma kononnya bagi keperluan anak yatim di negara mereka. Pegawai Tadbir (Korporat & Jaringan Luar) KQT, Nuratiqah Rusdi berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu malah menegaskan, KQT tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada mana-mana kakitangannya untuk mengutip derma. Menurut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya