PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan perkhidmatan meja bantuan (help desk) di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu ibu bapa yang memerlukan penjelasan atau maklumat berkaitan sesi persekolahan 2019. KPM dalam kenyataan hari ini berkata ibu bapa boleh menggunakan kemudahan itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu seperti pemansuhan Peperiksaan Tahap Satu (tahun satu, dua dan tiga), buku teks, bantuan awal persekolahan dan pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa dokumen. “Khidmat help desk ini akan beroperasi mulai esok, 2 Januari 2019. Khidmat ini akan beroperasi pada waktu pejabat,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya