Koperal maut mangsa langgar lari  - Utusan Malaysia

Koperal maut mangsa langgar lari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh sebuah kenderaan di Kilometer 3 Jalan Sitiawan-Ayer Tawar di sini semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 9.05 malam itu, mangsa, G. Kumaran, 34, dari Balai Polis Seri Manjung di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika motosikal jenis RXZ dan sebuah lagi motosikal jenis Honda EX datang dari arah sama iaitu dari Ayer Tawar menghala ke Sitiawan.

“Tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan datang dari arah bertentangan telah memasuki laluan kedua-dua motosikal berkenaan.

“Akibat terlalu dekat, kedua-dua motosikal itu tidak sempat mengelak lalu dilanggar oleh kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Muhammad Hanif, kenderaan itu kemudiannya dipercayai lari dari tempat kejadian selepas kemalangan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa maut ditempat kejadian dan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat. 

“Seorang lelaki yang merupakan penunggang Honda EX5 berusia 41 tahun pula mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital sama,” jelasnya. 

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menasihatkan orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut agar segera memaklumkan kepada polis. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN