Kontroversi tak jejas LTdL 2019 - Utusan Malaysia

Kontroversi tak jejas LTdL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Walaupun ada kedengaran cerita bayaran wang hadiah kemenangan tahun lalu belum dijelaskan, begitu juga dengan hutang lain, namun sambutan yang diterima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 tetap hebat.

Sebanyak 40 pasukan dari luar negara telah menghantar permohonan untuk menyertai perlumbaan jelajah berbasikal terbesar Asia itu setakat ini.

Perkara itu disahkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam bahagian teknikal perlumbaan.

Memuatkan artikel berkaitan…
ABU SAMAH WAHAB
ABU SAMAH WAHAB 

Presidennya, Datuk Abu Samah Wahab berkata, walaupun pelantikan kontraktor pengendali perlumbaan masih menjadi teka-teki, selain masa yang semakin suntuk untuk persiapan penganjuran, LTdL jelas mempunyai daya tarikan dan reputasi tersendiri.

“Bagaimanapun kita bakal menolak separuh daripada jumlah tersebut bagi memenuhi kuota 22 pasukan yang hanya dibenarkan bertanding pada edisi kali ini.

“Daripada jumlah itu kita bercadang menjemput dua pasukan Pro Tour manakala selebihnya adalah pasukan pro kontinental termasuk dari Malaysia dan pasukan kebangsaan beberapa negara seperti China, Korea dan Jepun,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis taklimat mengenai Sukan SEA 2019 oleh wakil Jawatankuasa Penganjur Filipina dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, penganjur LTdL 2019 perlu membuat jemputan rasmi kepada pasukan yang terpilih 60 hari sebelum LTdL 2019 bermula.

“Ini peraturan yang ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang perlu kita patuhi.

“Jadi kita kena cepat-cepat lantik syarikat pengendali LTdL 2019 selewat-lewatnya pada 25 Januari ini,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×