KUALA LUMPUR 5 Jan.- Seorang kontraktor kerugian hampir RM3,000 selepas rumahnya dipecah masuk dalam satu kejadian di Jalan 8/11 Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu hanya disedari mangsa dan isterinya selepas mendapati ruang tamu rumah mereka berselerak. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, hasil pemeriksaan beberapa barangan miliknya seperti sebuah kamera, televisyen LCD (1), komputer riba (1) dan telefon bimbit (1) dilarikan. Ujarnya, selain barangan itu, wang syiling di dalam tabung bernilai RM400 turut lesap. “Siasatan lanjut mendapati, suspek terbabit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya