MELAKA – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul bapa mentuanya pada bulan lalu. Tertuduh, Ma’aruf Esmam, 35, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan tangan terhadap bapa mentuanya, Husin Samad 62, sehingga menyebabkan kesakitan di bahagian belakang bahu kanan dan ibu jari kedua-dua…










