PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga meliputi ke kawasan institusi-institusi pengajian tinggi seperti sekolah-sekolah swasta dan awam, serta universiti tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, rancangan itu sedang ditimbangkan selaras dengan fokus kementerian untuk melindungi hak kalangan mereka yang tidak menghisap rokok, yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara. “Agenda kementerian kesihatan adalah untuk memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan persekitaran yang sihat buat kalangan bukan perokok. Mereka yang merokok boleh meneruskan tabiat mereka, tapi mereka perlu menghormati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya