BEBERAPA tahun lalu, Mark Zuckerberg memberikan ucapan hebat kepada graduan Harvard. Daripada memberitahu mereka untuk mencari tujuan dalam kehidupan melalui detik-detik eureka seperti ucapan lulus pengajian, dia menawarkan sesuatu yang lain, “Idea satu detik eureka adalah bohong.”
Sebagai golongan millennial, beliau percaya kebolehan seseorang individu dalam mencari tujuan hidup dan kita tidak boleh mengehadkan diri kepada satu detik eureka.
Oleh kerana inovasi dilihat sebagai proses, perniagaan yang besar ditakrifkan oleh idea-idea yang kadang-kadang dilihat tidak masuk akal. Berikut adalah beberapa perniagaan e-dagang yang menentang keraguan tetapi mampu mencipta kejayaan.
Google mempunyai cerita yang menarik kerana reputasinya sebagai enjin pencarian ke-20 di dunia. Bukan itu sahaja, Google mengambil keputusan yang berani dengan menerokai keadaan pasaran di mana kebanyakan enjin carian sepertinya lebih cenderung gagal.
Dengan kata lain, enjin carian adalah usaha yang tidak menguntungkan pada masa itu. Walau bagaimanapun, Google tetap mempunyai rancangan untuk mengubahnya. Secara tradisi, enjin carian menggunakan penyusun manual pautan direktori carian.
Amalan piawaian adalah mengupayakan editor dan penyelidik untuk mengkaji pautan bagi pertanyaan tertentu. Sebaliknya, Google mengembangkan algoritma yang membantu orang menyusun dengan cepat menerusi jumlah kandungan yang sedang berkembang pesat dalam talian.
Google juga memperkenalkan konsep baharu seperti pautan masuk daripada sumber dipercayai dan langkah standard seperti kekerapan kata kunci dan tajuk halaman. Kesemuanya bergabung untuk menentukan peringkat halaman di mana laman web akan dipaparkan pada pertanyaan tertentu.
Kebanyakan enjin carian pada masa itu didapati agak kekok dan penuh dengan iklan. Halaman yang dirancang dengan buruk juga membuat kelajuan memuatkan halaman dan navigasi lambat. Pendekatan Google adalah reka bentuk halaman ringkas dan kelajuan muatan halaman pantas mudah muncul sebagai laman web popular untuk pencarian internet.
Inovasi ini membolehkan Google menjadi pemimpin pasaran enjin carian kerana orang ramai tertarik dengan reka bentuknya yang mudah dan bersih. Selain enjinnya yang cekap, Google mengambil peluang mengewangkan carian dengan Google Adwords.
Dari situ, Google berjaya menguasai bidang pengiklanan digital. Namun, Google juga mempelopori beberapa laman web dan aplikasi web yang bebas tanpa iklan. Dedikasinya kepada inovasi berterusan dianggap sebagai elemen yang menarik di belakang kejayaan Google yang meningkat.
Sebenarnya, budaya syarikat yang lazimnya tertumpu kepada inovasi pertama, mendapatkan data pengguna sebenar dan meletakkan pengewangan sebagai keutamaan sekunder.
Sebelum Facebook menjadi popular, perkhidmatan rangkaian sosial seperti Friendster dan MySpace telah lama wujud. Namun, mereka tidak mempunyai potensi untuk berkembang dengan cara lebih bermakna.
Pada masa itu, Facebook hanya dilihat sebagai satu daripada banyak laman web rangkaian sosial. Pada masa itu, Facebook mendapati dirinya berada di tempat mencabar dengan pasaran media sosial masih belum jelas. Walau bagaimanapun, Zuckerberg mempunyai idea lain untuk mengembangkannya.
Dia bermimpi Facebook akan menjadi lebih daripada sekadar laman rangkaian sosial. Daripada sambungan sosial ke laman perniagaan, Facebook akan memiliki keupayaan menarik orang ramai, syarikat dan juga pemilik perniagaan untuk menyertai media sosial.
Apabila kejayaan Facebook menjadi lebih jelas, ia berjaya menarik banyak pemain besar yang ingin membelinya. Walaupun Facebook masih muda, Yahoo bersedia membeli syarikat itu dengan harga RM4.1 bilion.
Bagaimanapun, Zuckerberg mengambil keputusan berani menolak tawaran itu kerana dia percaya impiannya lebih bernilai.
Ini kerana menurutnya, Yahoo tidak mempunyai idea muktamad tentang masa depan. Ia adalah satu keputusan berani kerana tidak semua orang mempunyai visi yang sama sepertinya. Paling penting, Zuckerberg bersedia membiarkan Facebook pergi ke mana-mana pasaran yang diperlukan.
Hasil akhir? Facebook kini menjadi platform media sosial paling banyak digunakan di dunia. Pengasas ini menentang keraguan dan kini merupakan antara pengasas paling berjaya dalam ruang digital.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda bersedia menjadi pengasas perniagaan yang berjaya dalam ekonomi digital?
Jeremy Chew adalah Ketua Pemasaran Kandungan di iPrice Group Malaysia (https://iprice.my)











