KEMAMAN 23 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kemaman menyerbu sebuah kilang memproses kopi di daerah ini semalam dan merampas 9,565 paket serbuk kopi bernilai RM13,108. Serbuan dalam Operasi Bersepadu Halal selama enam jam berakhir 5 petang itu turut merampas alat timbang bernilai RM50. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri, Zulfahmy Mat Udi berkata, operasi itu turut disertai wakil jabatan dan agensi penguatkuasa daerah ini termasuk…










