ALOR SETAR 3 Jan. – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melancarkan tabung khas bagi menampung kos guaman membawa kes penyerang kebangsaan, Muhammad Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Laman rasmi Facebook badan induk bola sepak Kedah itu dalam satu hantaran petang ini menyebut, TABUNG CAS KFA itu ditubuhkan bagi menyokong tindakan pengurusan membawa kes Muhammad Akhyar ke CAS. Orang ramai khususnya rakyat negeri itu yang ingin membuat sumbangan boleh menyalurkan melalui akaun CIMB bernombor 8006418121 atas nama Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman secara dalam talian atau cek.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya