KUALA LUMPUR 22 Jan. – Seorang ketua unit pentadbiran dan kewangan agensi kerajaan di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu yang dianggarkan bernilai lebih RM9,000. Menurut sumber, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan pada pukul 2 petang di Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai. Jelas sumber, siasatan awal mendapati suspek tersebut telah mengemukakan tiga tuntutan…










